KUALA LUMPUR – Kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini merekodkan sebanyak 7,097 kes, susut berbanding 7,654 kes semalam.

Dengan angka terbaharu itu, jumlah keseluruhan kes Covid-19 bertambah hampir 800,000 kepada 799, 790, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selangor mengekalkan kes melebihi 3,000 kepada 3,119 kes.

Bagaimanapun, jumlah itu menurun berbanding semalam 3,260 kes.

Kuala Lumpur pula berada pada kedudukan kedua tertinggi kes jangkitan iaitu 1,005, tetapi menurun berbanding 1,550 semalam.

Kes jangkitan harian Covid-19 di Negeri Sembilan juga melonjak kepada 788 kes hari ini berbanding 698 semalam.

Negeri-negeri lain ialah Melaka (358), Sarawak (289), Pahang (258), Sabah (244) dan Johor (224).

Lain-lain negeri di bawah 200 kes kecuali Perlis (2) dan Putrajaya (26), Terengganu (43) serta Labuan (93). – MalaysiaGazette