KUALA LUMPUR – Datuk Radzi Jidin menafikan kononnya meminta Speaker Dewan Negara supaya mempertimbangkan semula untuk melaksanakan sidang Parlimen secara hibrid.

Dalam kenyataan yang tular itu, menteri pendidikan tersebut didakwa mengatakan: “Bukan semua MP (ahli Parlimen) mempunyai peralatan yang diperlukan dan capaian Internet di rumah.

“MOF mesti memperuntukkan dana yang mencukupi kepada MP untuk pembelian komputer riba”.

Mengulas kenyataan tersebut, Radzi dalam kenyataannya berkata, penyebaran fitnah kononnya dengan alasan hanya sekadar satira, lawak atau parodi semakin membarah ketika ini.

Dunia yang terlalu banyak maklumat telah menimbulkan “information overload” (maklumat berlebihan) sehingga ramai penerima mempercayai “lawak” fitnah ini.

Bahkan, katanya, ada juga yang menjadi sebahagian daripada penyebarnya.

“Elakkan diri kita daripada terjerumus dalam perangkap fitnah sebegini,” ujar beliau. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast