Seorang lelaki yang mengalami masalah mental mengamuk di pinggir bandar Zografou dan mencederakan empat orang awam dengan pisau.ditahan polis Athens.- Gambar hiasan.

ATHENS – Seorang lelaki yang mengalami masalah mental mengamuk di pinggir bandar Zografou di sini dan mencederakan empat orang awam dengan pisau.

Namun kecederaan yang dialami mangsa-mangsa dilaporkan tidak serius.

Selepas kejadian itu, lelaki tersebut pulang semula ke rumahnya dan membuat panggilan kepada polis dan dia mengaku mengamuk dan telah ditahan.

Media tempatan berkata, penyerang yang berusia 54 tahun itu telah melarikan diri dari sebuah institusi mental baru-baru ini.

Dia dipercayai menerima rawatan di situ sejak 12 Disember tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast