KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-​Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berasa kesal dengan tindakan biadab oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronie Liu yang melakukan provokasi dan menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas dalam satu kejadian di Raub, Pahang Isnin lalu.

Lebih memalukan tindakan tersebut dilakukan oleh seorang individu yang sepatutnya menjadi contoh tauladan baik kepada masyarakat.

Presiden CUEPACS, Adnan Mat menyifatkan tindakan Ronnie itu hanya mencerminkan jati dirinya yang jelas melanggar prinsip kedaulatan undang-undang serta kesopanan dan kesusilaan yang terkandung dalam Rukun Negara.

Sekiranya tindakan beliau itu dilakukan hanya kerana mahu bermain politik, ia sepatutnya tidak melibatkan penjawat awam yang hanya mahu melaksanakan tugas dengan baik serta terkawal.

Jelas beliau, tindakan Ronnie mengeluarkan kata-kata provokasi terhadap pegawai polis bertugas seperti “Pangkat apa? Balai mana? Apasal jahat sangat? Siapa You?” jelas menunjukkan beliau tidak menghormati undang-undang dan penjawat awam yang bertugas.

Artikel berkaitan:Ronnie rentas negeri, polis buka kertas siasatan

Sepatutnya beliau tidak perlu bertanyakan pangkat dan di mana pegawai polis tersebut bertugas.

”Adakah Ronnie Liu hanya akan mendengar arahan daripada pegawai yang berpangkat tinggi sahaja?

”Dalam hal ini CUEPACS ingin mempersoalkan siapakah Ronnie Liu dan apakah kepentingan beliau sehingga sanggup bertindak biadap sedemikian rupa. Sebagai ahli politik yang berpengalaman beliau sepatutnya lebih bijak mengawal emosi dan sedar dengan akan kesan bagi setiap tindakan yang dilakukan,” tegasnya.

Adnan berkata, CUEPACS berharap agar semua pihak memberikan kerjasama yang baik dan tidak sesekali mengganggu tugasan penjawat awam dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

Tindakan yang sengaja membuat provokasi kepada penjawat awam patut diberikan tindakan yang tegas sebagai pengajaran kepada semua pihak apatah lagi jika melibatkan pemimpin masyarakat seperti ahli-ahli yang berhormat yang bertindak di luar norma kebiasaan dan ia suatu budaya yang tidak sihat dan memberi teladan yang kurang baik kepada masyarakat umum.

Sedangkan peraturan dan undang-undang adalah merupakan pusat rujukan kita semua dalam menyelesaikan sebarang permasalahan, jelas beliau.

Dalam masa yang sama CUEPACS mengucapkan tahniah kepada pegawai polis yang terbabit kerana berjaya mengawal situasi walaupun menerima provokasi.

Katanya, CUEPACS sentiasa memberikan sokongan kepada penjawat awam bagi memastikan mereka melaksanakan tugas tanpa rasa gentar selagi mana ia tidak menyalahi peraturan dan undang-undang sedia ada.

Malah, semua anggota masyarakat diharap dapat memberikan sokongan moral kepada penjawat awam yang berani untuk mempertahankan tanggujawab mereka walaupun kadangkala dicabar atau diherdik oleh sesetengah pihak yang tidak mahu memahami peranan dan fungsi penjawat awam dalam melaksanakan tugas. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. mana pemuja2 DAPIS spt AmNanah MATSABU serta ahli2 dan penykong pengundi bila 2 APEK lLim kit SIANG ..menyentuh KERAJAAN ALLAH dan Ronnie liu mencabar tugas PENJAWAT AWAM…

    TAHNIAH kamu adalah PAK ANGGUK DAN PENGECUT

  2. Baka PKM yang ditubuhkan dan dibiayai oleh Tanah Besar Komunis Cina sehingga 1989 dah perasan hutan di mana PKM berjuang dahulu sebagai kebun Musang King mereka pulak dah.

  3. YB ni memang baghal, masyarakat dia je yg pilih jadi YB, tah dari hutan mana datang menyusuk masuk dlm masyarakat, tadak adab langsung.

  4. PADA hari Isnin 5 Julai 2021 yang lalu telah viral video pertelingkahan antara YB Ronnie Liu, ADUN DAP kawasan Sg Pelek, Selangor dengan seorang pegawai Polis di perkarangan Bangunan Mahkamah Majistret Raub, Pahang. Ronnie difahamkan berada di situ untuk memberikan sokongannya terhadap 18 orang penceroboh hutan simpan di daerah berkenaan yang telah ditahan polis dan dibawa ke mahkamah untuk memperolehi perintah reman terhadap mereka.

    Menerusi video berkenaan Ronnie dapat dilihat jelas mencabar dan mengganggu tugas anggota polis dan kebiadabannya terhadap kakitangan awam yang menjalankan tugas sangat dikesali. PAS Selangor mempertikaikan bagaimana Ronnie seorang ADUN Negeri Selangor boleh berada di Raub, Pahang pada hari berkenaan sedangkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD dikuatkuasakan di sebahagian besar Negeri Selangor.

    Advertisement

    Apabila diminta menunjukkan surat kebenaran rentas daerah, Ronnie langsung tidak mengendahkan permintaan pegawai Polis berkenaan malah tidak turun dari kenderaannya menunjukkan kesombongannya sebagai seorang penggubal undang-undang.

    PAS Selangor mendesak pihak bertanggungjawab khasnya pihak polis agar mengambil tindakan paling keras terhadap Ronnie yang bukan sahaja telah melanggar SOP tetapi turut terlibat dalam menghalang pihak berkuasa dalam menjalankan tugas mereka.

    Dalam kesungguhan rakyat mematuhi SOP demi memulihkan negara dari pandemik COVID-19 ini, tindakan Ronnie itu sangat dikesali dan memalukan rakyat Malaysia khasnya rakyat Negeri Selangor. ADUN Negeri Selangor yang biadab dan melanggar peraturan demi kepentingan politik sebegini harus ditolak oleh rakyat Selangor dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Kenyataan ini dikeluarkan pada hari ini Selasa 6 Julai 2021.

  5. Ingat!!!! Komunis hanya meletak senjata, tapi mereka tk pernah pun istihar PKM dibubarkan.
    Ingat!!! Mereka hanya meletak senjata, tapi tk pernah berhenti utk merebut tahta mendapatkan kuasa. Tk mustahil kalangan mereka yg dulu mengangkat senjata dulu, kini plak menyelinap kedalam sistem demokrasi negara bagi mendapatkan kuasa.

Comments are closed.