Dr. Adham Baba

KUALA LUMPUR – Sebanyak 375,842 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam, menjadikan ia jumlah tertinggi diberi dalam sehari setakat ini.

Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 168,047 adalah dos kedua.

Dr Adham turut memberitahu, lima negeri tertinggi yang mencatatkan pemberian dos pertama dan kedua semalam ialah Selangor dengan 80,609 orang, disusuli Sarawak (72,971), Kuala Lumpur (55,952), Negeri Sembilan (22,869) dan Johor (22,861). – MAlaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast