KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa hairan dengan kenyataan bersama oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Malah kata Najib, beliau tidak pernah bersetuju untuk melanggar arahan Mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) semalam.
Tulis Najib di laman Facebook sebentar tadi, beliau juga Ahli Parlimen BN tetapi tidak tahu menahu tentang kenyataan bersama yang diedarkan sebentar tadi kepada media tanpa sebarang nama atau kepala surat BN.
“Eh, saya pun Ahli Parlimen BN. Sejak bila saya setuju langgar arahan MKT parti semalam?
“Siapa ada senarai penuh nama-nama yang dimaksudkan dalam kenyataan yang dikeluarkan entah pihak mana ini?
“Saya yang tandatangan watikah pencalonan bagi setiap Ahli Parlimen BN yang ada hari ini. Sebab itu saya tentu akan kenal setiap nama orang Ahli Parlimen BN.
“Sila beri senarai nama,” tulisnya dengan melampirkan sekali kenyataan media tersebut.
-MalaysiaGazette
Tak lama lagi kau akan jadi Mantan PM pertama yg diberi kehormatan jadi penghuni penjara Sungai Buloh, Najeebool oooooiii
Klu dia masuk sekali pun kau dpt apa dpt jd mp ke samdol..kesian org mcm kau ni otak ada tp akal pendek..tu ler asik kena kencing dgn phd4pig smpi otak kau pun fh jd sewel…smpi bila kau nk jd barua d4pig oiii…hahahaha
MASA SEKARANG BOLEH DIKATAKAN BAHAWA RAKYAT MARHEN SUDAH HILANG PERCAYA DAN HORMAT KEPADA ORANG POLITIK TANPA KIRA APA2 PARTI POLITIK…
DALAM wawancara eksklusif dengan Sinar Harian Rabu lepas, Tan Sri Johan Jaaffar tanyakan pada Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) tentang mengapa begitu rendah hormat rakyat pada orang politik.
Jawab Ku Li, “(Rakyat) berasa tidak ada tempat mereka boleh bertanya, mendapat penjelasan atau meminta tolong seolah-olah tidak ada harapan untuk masa depan mereka.”
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/149175/SUARA-SINAR/Awang-Paku-Serpih/Tak-hormat-orang-politik
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf