Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) mencadangkan agar ditubuhkan Majlis Pemulihan Negara bagi membolehkan tumpuan diberi untuk menangani masalah yang dihadapi rakyat akibat penularan Covid-19.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, majlis yang diwujudkan itu akan menumpukan secara spesifik kepada pemulihan rakyat yang ketika ini ditekan dengan pelbagai perkara berikutan penularan Covid-19.

Beliau mendakwa, Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dilaksanakan oleh kerajaan dilihat tidak berkesan dalam menangani masalah yang dihadapi negara, sebaliknya ia telah menyebabkan lebih ramai rakyat tertekan hingga ada antaranya yang sanggup membunuh diri.

“Keadaan mereka yang meninggal ini amat menyedihkan kerana apa yang berlaku menekan keluarga mereka. Ada antara mereka (pesakit Covid) tidak dapat dirawat di hospital terpaksa di kuaratin di rumah hingga menjadi semakin teruk hingga ada yang meninggal.

“Keluarga mereka tidak dapat buat apa-apa dan bila sudah meninggal tak boleh memandikan mayat, tak boleh kafankan mayat, tak boleh sembahyang dan mereka tidak boleh lihat mangsa. Jadi ini menekan rakyat.

“Ada juga bunuh diri sebab tak dapat bayar sewa rumah. Banyak lagilah tekanan yang dihadapi mereka. Ini yang diberi tumpuan oleh Pejuang,” katanya pada sidang media secara hibrid hari ini.

Dr Mahathir menjelaskan, majlis yang ditubuhkan itu mempunyai cara-cara tertentu untuk menangani masalah Covid-19 yang berlaku ketika ini.

Ujarnya, langkah-langkah itu termasuk mengurangkan kes baharu Covid-19 yang dilapor setiap hari.

Tambah beliau, pihaknya yakin tindakan yang diambil akan dapat mengurangkan jumlah pesakit baharu dan dengan itu akan dapat mengurangkan tekanan jiwa yang dirasai oleh rakyat.

Katanya lagi, tindakan dalam membantu rakyat merupakan soal utama dan Pejuang tidak peduli dengan sesiapa yang cuba mempolitikkannya.

Jelas beliau, ada pihak yang memberikan bermacam-macam cadangan politik dan diantara mereka itu sendiri ada yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

“Ini jelas tidak akan menyelesaikan masalah rakyat. Jadi, kami tidak akan perkenalkan tindakan politik,” tegasnya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Tahniah Pejuang dh diluluskan pendaftaran oleh ros… Kita boleh gerak bebas sekarang yeahhh

  2. Dia lah tu nak jd ketua…haaaa Medey Medey…baguslah jd pelampung kpd PN yg dah tenggelam

Comments are closed.