Pejabat Perdana Menteri

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri dan Jemaah Menteri sedia ada masih kekal untuk terus menjalankan kuasa Eksekutif Persekutuan, kata Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Dalam kenyataan ringkas hari ini, beliau berkata, kedudukan kerajaan ditentukan oleh kepercayaan ahli-ahli Dewan Rakyat sendiri dan bukannya melalui kenyataan sesuatu parti politik atau mana-mana pemimpin politik.

“Merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan Presiden UMNO bertarikh 7 Julai 2021, kenyataan tersebut merupakan kenyataan daripada suatu parti kompinen yang membentuk kerajaan sedia ada yang telah dilantikan oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 43(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

“Buat masa ini kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukkan bahawa YAB Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat,” katanya.

Menurut beliau, berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat hendaklah ditentukan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat sendiri.

Untuk itu, Idrus berkata, kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN masih kekal seperti sebelum ini.

Kenyataan itu dikeluarkan Idrus sususlan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk menarik balik sokongannya serta merta terhadap Muhyiddin.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. haaa apa lg tentukan lah sama ada PM dapat sokongan ahli parlimen…ker dah goyang meroyan…

  2. Pertukaran PM akan berlaku pada tengah malam ini, dimaklumkan tepat jam 12 akan berlaku pertukaran tersebut, ikuti perkembangan terkini.

Comments are closed.