RoS Registrar of Society Parti Pejuang Tanahair Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad. Foto AFIQ HAMBALI.

KUALA LUMPUR – Pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah meluluskan permohonan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), hari ini.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu, parti itu diluluskan oleh menteri dan pengarah agensi itu.

Menurutnya, Pejuang kini sudah menjadi parti yang sah dan tidak ada sebab parti itu tidak didaftarkan.

“Saya ingin mengumumkan bahawa parti Pejuang ini telah didaftarkan. Sebagai parti politik kita berterima kasihlah kepada kerajaan yang mendaftar parti Pejuang ini dan kami berpendapat bahawa cara kami bukanlah untuk menimbulkan masalah, kita buat melalui undang-undang,” katanya pada sidang media secara atas talian hari ini.

Dr Mahathir turut mengalu-alukan sesiapa yang mahu menyertai parti pimpinannya agar membuat permohonan dan beliau berharap Pejuang akan lebih cergas selepas ini.

Ketika ditanya samada ada Pejuang akan bekerjasama dengan Perikatan Nasional bagi membentuk kerajaan yang lebih kukuh, Ahli Parlimen Langakwi itu berkata, pihaknya tidak mempunyai masa untuk bermain politik.

Tambah belia, Pejuang akan memfokuskan usaha untuk memperjuangkan nasib rakyat lebih-lebih lagi ketika negara masih lagi daam pandemik ketika ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Tiba2 boleh lulus pulak. Hari tu macam2 alasan bagi, bila dah hilang sokongan dari UMNO terus lulus pejuang. Memang haram jadah la abahcow dgn lembu2 PPBM.

  2. Haaaaa talian hayat PPBM…lepas kaut semua katak…terdesak dah ni minta nyawa kat Medey…

  3. sudah sudah la .. main pecah la org melayu .. dek kerana gila kuasa .. dulu dah sekarang nk lagi ..rakyat dah muak la. tolong rakyat tak de pun .. !!!!!!!!!!!

Comments are closed.