Brandon Williams.

LONDON – Southampton yakin dapat melengkapkan perpindahan secara pinjaman pemain pertahanan United, Brandon Williams sebelum kempen liga bermula, lapor Athletic.

Kelab itu memerlukan Williams untuk persediaan awal pra-musim secepat mungkin.

Perbincangan masih berlangsung namun belum ada persetujuan kontrak bagi kedua-dua pihak dan beberapa perkara seperti bayaran pinjaman dan status pemain ketika dipinjamkan.

Ini kerana United amat menitik beratkan mengenai status pinjaman kerana mahukan minit permainan bagi pemain tersebut.

Sementara itu, Williams kini berlatih seperti biasa bersama pasukan United dalam persediaan pra-musim yang bermula semalam.

Southampton sebelum ini telah membayar gaji penuh ketika meminjam pemain Liverpool Takumi Minamino pada Januari lalu dan United pasti mahukan perkara yang sama seperti itu.

Williams telah bermain bersama pasukan senior United pada 2019/2020 ketika mana Luke Shaw dalam kecederaan dan dia beraksi dengan baik sekali.

Namun pada musim lalu, dia hanya membuat 14 penampilan dan ia tidak cukup untuk perkembangan seseorang pemain muda.

Southampton memerlukan pemain pertahanan ‘full-back’ pada ketika ini dan Williams antara calon yang sesuai. – MalaysiaGazette