Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kes baharu positif Covid-19 terus mencatatkan peningkatan apabila sebanyak 9,180 kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kini mencecah sebanyak 817,838 kes.

Selangor masih menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes baharu setiap hari dengan 4,400 manakala Kuala Lumpur sebanyak  1,271 kes diikuti dengan Negeri Sembilan sebanyak 899 kes.

Seterusnya Kedah mencatatkan tren peningkatan iaitu 417 kes, Sarawak (406), Sabah (323) kes dan Johor (315).

Bagi Perak (241), Melaka (222), Pahang (214), Kelantan (151), Pulau Pinang (142), Terengganu (82), Labuan (80), Putrajaya (16) dan Perlis (1).-MalaysiaGazette