HEKSINKI – Sidang media pemimpin Lithuania dan Sepanyol di pengkalan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Lithuania dipendekkan apabila pesawat pejuang yang berada di belakang pemimpin tersebut dikerah memantau pesawat tentera yang berada di ruang udara Baltik.

Kerajaan Sepanyol berkata, pesawat tidak dikenali mencetuskan amaran dan mengganggu kenyataan yang dibuat Presiden Lithuania, Gitanas Nauseda dan Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sánchez.

Media Sepanyol melaporkan ia adalah pesawat Rusia tetapi kenyataan kerajaaan tidak memperincikannya.

Seorang pegawai NATO yang tidak mahu dikenali memberitahu The Associated Press bahawa pesawat pejuang Sepanyol berlepas ‘untuk mengenal pasti dua pesawat yang terbang di kawasan Laut Baltik’.

Ia adalah dua pesawat Rusia, SU-24 yang menuju ke timur laut, kata pegawai itu.

“Dua buah jet Rusia tidak memfailkan rancangan penerbangan, tidak memasang transponder, atau bercakap dengan pengawal udara,” kata pegawai itu.

Kementerian Pertahanan Rusia berkata, dua pesawat pengebom SU-24 terbang pada misi latihan rutin di ruang udara perairan Baltik semalam.

“Penerbangan tersebut dilakukan menurut undang-undang antarabangsa yang ketat mengenai penggunaan ruang udara tanpa melanggar sebarang sempadan negara lain,” menurut kenyataan kementerian itu.

Rusia dan NATO kerap mengerahkan pesawat masing-masing untuk mengenal pasti pesawat seteru masing-masing.

Sidang media Nauseda dan Sánchez yang membelakangkan dua pesawat Eurofighter Typhoons milik Sepanyol di pengkalan udara di bandar Siauliai tiba-tiba terganggu apabila kru dikerahkan ke jet pejuang.

“Sidang media kami terganggu. Anda lihat semuanya berjalan lancar. Saya boleh mengesahkan pesawat pejuang berlepas dalam tempoh kurang 15 minit ketika menerima amaran,” kata rangkaian penyiaran awam Lithuania, LRT, yang memetik Nauseda selepas insiden tersebut.

“Terima kasih Pedro (Sanches), kami telah melihat bagaimana kerja-keja misi pengawalan udara kami,”.

Sanches memberitahu wartawan selepas sidang media disambung semula: “Kami telah melihat kes sebenar apa yang biasa berlaku untuk menjustifikasikan kehadiran tentera Sepanyol dengan tujuh pesawat Eurofighter di Lithuania,”.

Tiga negara Baltik – Estonia, Latvia and Lithuania – menyertai NATO pada 2004 dan tidak mempunyai pesawat pejuang.

NATO bertanggungjawab mengawal ruang udara ketiga-tiga negara itu secara bergilir untuk tempoh empat bulan dari pengkalan di Siualliai dan Amari, Estonia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast