Petugas kesihatan melakukan kerja-kerja imbasan menggunakan mesin Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) bagi melihat perkembangan keadaan paru-paru pesakit Covid-19 tersebut di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, Pesakit Covid-19 dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi menjalankan rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 01 MAC 2021.

PUTRAJAYA – Sebanyak 87 kes korban akibat jangkitan Covid-19 di negara  ini berbanding  77 kes  semalam.

Pertambahan itu menjadikan kes keseluruhan kematian Covid-19 meningkat kepada 6,067 kes atau 0.73 daripada jumlah kes jangkitan setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Menurut beliau, daripada jumlah 87 kes baharu itu 78 mangsa adalah warga tempatan manakala sembilan lagi warga asing.

Mereka terdiri daripada 51 lelaki dan 36 wanita.

“Daripada angka itu, 50 kes dilaporkan di Selangor melibatkan salah seorang mangsa adalah sindrom down diikuti lapan kes di Johor, enam di Pahang, masing-masing lima kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kedah dan Negeri Sembilan, empat kes di Melaka, dua kes di Pulau Pinang serta masing-masing satu kes di Kelantan dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Mangsa paling muda terkorban kepada Covid-19 adalah perempuan tempatan berlatarbelakang penyakit asma dan obesiti berusia 26 tahun meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh manakala seorang wanita warga emas berusia 97 tahun mangsa tertua yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur,” katanya menerusi kenyataan media.

Majoriti mangsa mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, strok, asma dan obesiti, jantung, dislipidemia, tiroid, kanser serta mental.

Tetapi 17 daripada 87 mangsa terkorbanCovid-19 dalam tempoh  24 jam lalu tidak mempunyai sebarang latar belakang penyakit kronik.- MalaysiaGazette