KUALA LUMPUR – Kadar kebolehjangkitan Covid-19, atau R-naught di seluruh negara kini lebih tinggi dengan 1.11 setakat semalam.

Kadar itu lebih tinggi berbanding sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dilaksanakan bermula 1 Jun lalu.

Malah, kadar R-naught itu tertinggi sejak 31 Mei dengan 1.12, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebook.

Kadar tersebut meningkat melepasi 1.00 pada 28 Jun lalu.

Selepas tarikh itu, R-naught terus meningkat sehingga semalam.

Putrajaya merekodkan kadar kebolehjangkitan paling tinggi kepada 1.19, Perak (1.17), Selangor (1.16) dan Kuala Lumpur (1.16).

Manakala Pahang (1.11), Sabah (1.10), Terengganu (1.08), Melaka (1.05) dan Negeri Sembilan (1.04).

Lain-lain negeri di bawah 1.00.

Sementara Perlis hanya satu kes sahaja. – MalaysiaGazette