KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan jangkitan harian Covid-19 lebih tinggi berbanding semalam iaitu 9,353 kes hari ini.

Semalam sebanyak 9,180 kes direkodkan.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pengarah KKM, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 827,191 kes sejak wabak itu melanda negara ini pada tahun lalu.

Selangor terus menjadi negeri yang mencatatkan jangkitan tertinggi, dengan 4,277 kes.

Ini disusuli Kuala Lumpur (1,398), Melaka (835), Negeri Sembilan (638), Johor (399), Kedah (364), Sarawak (352), Sabah (251), Pahang (247).

Manakala Pulau Pinang (180), Perak (145), Kelantan (89), Labuan (85), Terengganu (50), Putrajaya (39) dan Perlis (4). -MalaysiaGazette