Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – ”Sekurang-kurangnya saya hantar 10 tuntutan rakyat,” kata Ketua Pemuda UMMO yang menjawab sindiran Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Datuk Asyraf Wajdi Dasuki menambah, beliau bukannya menyuruh kerajaan mencetak wang kertas atau menghantar surat sokongan minta projek.

Semalam, Wan Ahmad Fayshal dalam hantaran di Facebook menyindir Asyraf dengan menulis status ”Lebih sudu dari kuah. Yang diberi tak menolak, Yang ditepi tersedak-sedak”.

Sindiran tersebut disertakan dengan kenyataan Asyraf “UMNO putuskan tolak jawatan Timbalan Perdana Menteri” dan kunjungan Ketua Pemuda UMNO itu di pejabat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya dengan membawa 10 tuntutan atau permintaan dari Pemuda UMNO untuk tambah baik bantuan rakyat sepanjang pandemik Covid-19.

Asyraf Wajdi Dasuki menyampaikan 10 tuntutan rakyat atau permintaan Pemuda UMNO kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri di Putrajaya semalam.

Bagaimanapun kenyataan pedas yang dibuat oleh Wan Ahmad Fayshal memakan diri sendiri apabila beliau dikecam oleh warga maya.

Pemilik akaun Qayuum Sazuki berkata: ”Adakah hanya yang sokong kerajaan boleh bawa suara rakyat? Jangan terlalu dangkal la yb, kalau pegang pada formula yb ni maka tak layaklah pemimpin parti pkr,pan dan lain tu bersuara untuk rakyat.

”Yb sepatutnya rasa malu dengan jiwa besar yang dipamerkan oleh KPUM. Bila mana dia sanggup ketepikan diri demi rakyat.
Kalau nak ikutkan hati memang tak nak tetapi demi rakyat dia kena buat, sebab apa? Sebab kalau nak harapkan geng yb “bunga” alamatnya seperti mimpi di siang hari lah”.

Manakala Tengku Sharimi Tuan Ismail pula membidas Ketua Armada itu dengan berkata: ”Lebih sudu dari kuah tu macam terpercik dimuka YB Senator WAF sendiri sebab YAB PM pun tak komen apa apa malah tentunya gembira dengan senario KP UMNO berbaik dengan TPM yang juga NP mereka.. Banyak lagi YB Senator kena belajar ni, sepatutnya dulu timba dulu ilmu dengan YB SS”.

Mohamad Mustaqim pula berkata: “Relax yb,cakap tu cermin diri jugak, dulu yb pun sembang berapi2 sokong Tun M, bila dapat habuan dari abah,pusing 360 darjah terus.kami x lupa yb..ayat tu jangan memakan diri nanti”.

Sementara itu, Noor Sharina Yahaya mempersoalkan Wan Ahmad Fayshal dengan berkata: “Abes YB buat ape? Masuk gov pon atas ticket senator. Jgn la perasan hebat. Dia lebih sudu dari kuah pon, muka tebal ke, ade la juga memberi balik pada rakyat. Yb senator tak habis² mengata orang sana sini sekelumat cacing pon tak nampak ape yg buat selain kacau peniaga goreng pisang”.

Karim Kamal berkata: “Baru aku tahu Ketua Ar da Maya ni marah kalau pemuda umno hntr 10 tuntutan untuk Rakyat Bukan 10 Tuntutan untuk umno pun,. Benda untuk rakyat. Lain la cam awak tu blh beri surat sokongan kepada ahli parti 🤣😂” – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast