Negara mencatatkan sebanyak 9, 105 kes positif Covid-19 dalam tempoh 24 jam dan Selangor kekal negeri tertinggi.

KUALA LUMPUR – Negara mencatatkan sebanyak 9, 105 kes positif Covid-19 dalam tempoh 24 jam dan Selangor kekal negeri tertinggi.

Selangor mencatatkan sebanyak 4,682 kes baharu – lebih separuh daripada jumlah keseluruhan hari ini.

Angka jangkitan itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 836,296 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, Kuala Lumpur pula mencatatkan kes kedua tertinggi dengan 1,247 kes, diikuti Negeri Sembilan (541), Johor (392) Kedah (382) dan Pahang (300).

Hanya Perlis merekodkan kes satu digit dengan satu kes, manakala Terengganu 38 kes, Putrajaya (49) dan Labuan (59) setakat tengah hari tadi.

“Melaka pula merekodkan 278 kes, diikuti Sabah 271 kes, Sarawak 270 kes, Pulau Pinang 243 kes, Perak 207 kes dan Kelantan 150 kes,” katanya menerusi Facebook hari ini. – MalaysiaGazette

BERITA LANJUT MENYUSUL