Mereka yang telah lengkap vaksinnya akan diberikan satu kad identiti sebagai bukti mereka telah lengkap vaksinnya dan dibenarkan melakukan aktiviti seperti biasa.- Gambar hiasan.

SETELAH meneliti situasi semasa, keadaan ekonomi rakyat semakin hari semakin terjejas. Hilang punca pendapatan maka hilanglah semua termasuk ada yang telah membunuh diri akibat tekanan hidup.

Maka dengan itu, saya berpendapat mereka yang telah mendapat suntikan vaksin yang kedua boleh menjalankan aktiviti seperti biasa termasuklah perniagaan mereka.

Mereka yang telah lengkap vaksinnya akan diberikan satu kad identiti sebagai bukti mereka telah lengkap vaksinnya dan dibenarkan melakukan aktiviti seperti biasa.

Bagi kerajaan pula, haruslah menyediakan infrastuktur yang mencukupi serta meramaikan penguat kuasa sambilan untuk memantau dan memastikan mereka yang beroperasi menepati syarat yang telah ditetapkan.

Bagi peluang kepada klinik atau hospital swasta untuk membeli vaksin agar peniaga-peniaga atau majikan yang ingin mempercepatkan operasi perniagaan mereka boleh terus mendapatkan khidmat swasta bagi memulihkan ekonomi mereka.

Agensi kerajaan juga harus menerima produk-produk yang dibawa oleh syarikat tempatan mahu pun luar negara yang mampu mengelakan jangkitan Covid-19 kepada pengguna.

Produk-produk tersebut hendaklah mempunyai kelulusan tertentu peringkat global sebelum ia dipasarkan. Ini kerana saya lihat banyak produk yang ada FDA, CE dan WHO di pasaran.

Pihak menteri juga harus memudahkan urusan usahawan yang mencadangkan banyak peluang dan inisiatif untuk membantu mengembangkan semula ekonomi mereka yang terjejas.

Saya juga berharap Malaysia akan pulih seperti sediakala dan kita semua boleh menjalankan aktiviti seperti biasa.- MalaysiaGazette

 

Muhammad Affendi

MUHAMMAD AFFENDI
KETUA ARMADA BERSATU
BAHAGIAN KOTA RAJA.