Ahmad Maslan menafikan penularan kenyataan palsu dari UMNO yang melibatkan diri termasuk kononnya Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan.

KUALA LUMPUR – Orang yang suka membuat perkara palsu mungkin mengalami tekanan perasaan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan prosedur operasi standard (SOP).

Itu sindiran Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata demikian sebagai menafikan penularan kenyataan palsu dari UMNO yang melibatkan diri termasuk kononnya Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan.

Menurut Ahmad, sebarang kenyataan media yang melibatkan parti pasti akan dipamerkan di dalam saluran media sosial saya.

“Jika tiada, maka perkara itu fake (palsu),” tegasnya malam tadi.

Beliau juga mendakwa kenyataan palsu itu juga memaparkan gambar aktivitinya sedang menebas semak di kampungnya dan dimaksudkan supaya binatang termasuk katak melarikan diri seolah-olah mahu menyampaikan maksud tertentu.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast