Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokaliti di Kota Kinabalu bermula 13 hingga 26 Julai ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokaliti di Kota Kinabalu bermula 13 hingga 26 Julai ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, tiga lokaliti tersebut ialah Jalan Pasir, Likas Kampung Kuala Menggatal dan Kuarters Tangki Air Biru, Telipok.

Selain itu katanya, dua lagi lokaliti di Beaufort juga di Sabah turut dilaksanakan PKPD untuk tempoh yang sama iaitu Kampung Jempangah dan Kampung Rancangan Klias.

Begitu juga dengan Kampung Tebongon, Putatan Sabah dan Borneo Timber, Tongod di Sabah.

Dalam masa yang sama, Ismail Sabri berkata, Kampung Gong Jering, Mulim Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan turut dilaksanakan PKPD bermula 13 Julai ini.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan PKPD di Penjara Kepayan Kota Kinabalu dan Kampung Nahaba, Kota Belud disambung masing-masing sehingga 25 Julai 2021.

Terdahulu, PKPD di Penjara Kepayan sepatutnya tamat pada 11 Julai ini manakala PKPD di Kampung Nahaba pula sepatutnya tamat 12 Julai 2021.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast