Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun melambaikan tangan kearah penduduk PPR Kerinchi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 11 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah menjangka lebih awal peningkatan kes harian Covid-19 yang naik mendadak ketika ini, Datuk Seri ismail Sabri Yaakob.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia berpunca daripada saringan besar-besaran dan bersasar yang dilakukan di kebanyakan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan  (PKPD) di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

“Kenaikan ini memang dijangka oleh Kementerian Kesihatan. Saringan besar-besaran ini menyumbang kepada kenaikan kes positif baharu.

“Sekarang kerajaan sedang berusaha untuk menambah bilangan katil untuk rawatan mereka yang disahkan positif,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau pelaksanaan PKPD  di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di Pantai Dalam hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media selepas meninjau kawasan PPR Kerinchi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 11 JULAI 2021.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri menjelaskan, kerajaan sedang memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) di setiap negeri dan daerah bagi membolehkan ia diselaraskan di semua peringkat.

“Memang agak sukar sebab dalam SOP ada daerah boleh lakukan terutama berkait peralihan fasa satu dan fasa dua.

“Saya akan bincang (bersama Majlis Keselamatan Negara) dan Perdana Menteri bersetuju saya melihat perkara ini dengan lebih teliti bagi membantu permudahkan urusan pergerakan termasuk NGO yang menyalurkan bantuan kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu, dalam lawatan sebut, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan turut meluangkan masa sekitar satu jam dan diberi taklimat oleh pasukan keselamatan mengenai operasi dan penyelarasan aktiviti PKPD di kawasan terbabit.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun bergambar menunjukkan barangan keperluan untuk diberikan kepada penduduk PPR Kerinchi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 11 JULAI 2021.

2 Komen

  1. Personally aku tak berapa setuju statement saringan pkpd punca kes catat tinggi. Sbnrnya kalau jangkitan dlm masyarakat tak tinggi, buat p la saringan mega mega seluruh negara pun, bacaan kes positif tetap tak tinggi.
    Saringan pkpd bukan punca bacaan positif tinggi tetapi kadar jangkitan dlm masyarakat yg banyak berlaku sebabkan kes tinggi. Persoalannya, kenapa masih berlaku jangkitan dlm masyarakat wloun dah pkp 3 minggu? Tak kan masih takda jawapan dan action yg tepat?

Comments are closed.