Datuk Mohammed Azlan Hashim

KUALA LUMPUR – Telekom Malaysia Bhd. (TM) mengumumkan pelantikan Datuk Mohammed Azlan Hashim sebagai pengerusi baharu berkuatkuasa 1 Ogos ini.

Ianya bagi menggantikan Tan Sri Mohd. Bakke Salleh yang meletakkan jawatan selepas dilantik sebagai Pengerusi Petronas.

Syarikat telekomunikasi itu dalam satu kenyataan memaklumkan, pelantikan Mohammed Azlan yang merupakan seorang tokoh korporat terkemuka diharap dapat memacu pertumbuhan syarikat dengan lebih baik.

Beliau juga adalah Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan pelantikan Bakke sebagai Pengerusi Petronas bagi menggantikan Tan Sri Ahmad Nizam Salleh yang dilantik sebagai Pengerusi Pelaburan Hartanah Berhad.

Kedua-dua pelantikan itu berkuatkuasa 1 Ogos ini.- MalaysiaGazette