Ejen kereta terpakai telah melakukan penipuan dengan mengutip RM1,800 sebagai yuran pemeriksaan Puspakom daripada pelanggan, sedangkan yuran yang dikenakan hanyalah RM90.

 

KUALA LUMPUR – Semua Pusat Pemeriksaan Puspakom di Selangor ditutup termasuk Perkhidmatan Bergerak di daerah Lembah Klang sehingga 16 Julai 2021 kecuali di Sungai Besar.

Manakala di Negeri Sembilan, Puspakom Seremban juga tidak beroperasi sehingga 22 Julai 2021.

Bagi pelanggan yang telah membuat temujanji di cawangan Puspakom yang tidak beroperasi, semua bayaran temujanji akan dikembalikan secara automatik.

Bagaimanapun, semua Pusat Pemeriksaan Puspakom seluruh negara termasuk Perkhidmatan Bergerak yang tidak dikategorikan di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan kekal beroperasi seperti biasa.

Puspakom berkata, untuk pusat pemeriksaan yang beroperasi, hanya pelanggan yang mempunyai temujanji sahaja dibenarkan untuk pemeriksaan mengikut tarikh, masa dan tempat yang telah dipilih.

Tiada perkhidmatan memeriksa akan diberikan kepada pelanggan walk-in. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast