KUALA LUMPUR – Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) pada bulan Mei 2021 melonjak 26.0 peratus berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.

Pertumbuhan IPP pada bulan Mei 2021 disokong oleh pengembangan dalam kesemua indeks; indeks pembuatan (29.8%), indeks perlombongan (20.7%) dan indeks eektrik (7.9%), menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Output sektor pembuatan berdasarkan perbandingan tahun ke tahun meningkat 29.8 peratus pada bulan Mei 2021 selepas mencatatkan pertumbuhan 68.0 peratus pada bulan April 2021.

Subsektor utama yang menyumbang kepada kenaikan sektor pembuatan pada bulan Mei 2021 adalah produk petroleum, kimia, getah & plastik (34.8%), produk mineral bukan logam, logam asas & produk logam yang direka (49.4%) dan kelengkapan pengangkutan & pembuatan lain (68.9%).

Manakala industri berorientasikan eksport menyumbang kepada pertumbuhan sektor pembuatan sebanyak 25.3 peratus manakala industri berorientasikan domestik meningkat 41.1 peratus.

Menurutnya, output sektor perlombongan tumbuh 20.7 peratus pada bulan Mei 2021 berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Kenaikan tersebut disebabkan oleh peningkatan dalam indeks gas asli (30.9%) dan indeks minyak mentah & kondensat (8.6%).

Output sektor elektrik meningkat 7.9 peratus pada bulan Mei 2021 berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast