Gianluigi Donnarumma.

LONDON – Penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma dijulang sebagai wira penentuan penalti apabila menyelamatkan dua sepakan dan satu sepakan tersasar untuk menewaskan England pada final Euro 2020.

Dia turut dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan itu.

Donnarumma cemerlang tiga perlawanan tanpa bolos sepanjang kejohanan dan turut menjadi wira ketika menyingkirkan Sepanyol menerusi sepakan penentuan di separuh akhir.

Dia menyelamatkan sepakan Dani Olmo dan Alvaro Morata untuk membawa Itali ke final.

Musim ini, Donnarumma dibeli oleh gergasi Ligue 1, Paris Saints Germain (PSG) secara percuma oleh AC Milan.

Dia bakal menjadi sandaran dan prospek masa depan PSG memandangkan usia muda 22 tahun.

Sementara itu, Itali mengulangi kejayaan menjulang trofi Eropah pada tahun 1968 apabila mengungguli penentuan penentuan penalti 3-2 selepas terikat 1-1 di Wembley.

Domenico Berardi, Leonardo Bonucci dan Federico Bernardeschi menyempurnakan sepakan untuk Itali manakala hanya Harry Kane dan Harry Maguire berjaya menewaskan Donnarumma.

Ketika England seakan mempunyai kelebihan apabila sepakan Andrea Belotti dan Jorginho diselamatkan Jordan Pickford, Marcus Rashford menyaksikan sepakannya tersasar dan Donnarumma menyelamatkan sepakan Jadon Sancho serta Bukayo Saka.

Sebelum itu, skuad kendalian Gareth Southgate mendahului permainan seawal minit kedua menerusi Luke Shaw hasil umpanan Kieran Trippier.

Bersambung babak kedua, Itali meneruskan penguasaan dan hasilnya Leornardo Bonucci mengheret permainan ke masa tambahan dengan gol penyamaan minit ke-67.

Masa tambahan berlalu tanpa sebarang gol dan permainan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti. – MalaysiaGazette