KUALA LUMPUR – Negara merekodkan kes jangkitan tertinggi sejak pandemik ini dilaporkan tahun lalu dengan jumlah 11,000 kes hari ini.

Lebih 60 peratus kes Covid-19 disumbangkan di Lembah Klang.

Sehingga hari ini, Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu 5,263 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Artikel berkaitan: Trend 4,000 kes baharu di Selangor berterusan dua minggu lagi – Amirudin

Kuala Lumpur pula berada pada kedudukan kedua tertinggi dengan 1,521 kes, diikuti Negeri Sembilan 1,033.

Manakala Johor (406 kes), Sabah (239), Sarawak (472),  Pulau Pinang (234), Kelantan (211), Perak (329),  Kedah (497), Melaka (323), Pahang (321), Terengganu (93), Labuan (60) dan Putrajaya (77).

Perlis pula sifar kes Covid-19 hari ini. – MalaysiaGazette

Lagi menyusul

 

1 Komen

Comments are closed.