Kerja-kerja mencari mangsa terperangkap sedang dilakukan dalam runtuhan di Hotel Siji Kaiyuan. foto China.

SHANGHAI – Bahagian Hotel Siji Kaiyuan yang terletak di bandar Suzhou runtuh, mengorbankan lapan orang.

Pasukan pencari dan penyelamat sedang berusaha mengesan sembilan lagi orang yang hilang.

Dipercayai 23 orang lagi tetamu hotel dilaporkan terperangkap.

Kejadian itu berlaku pada petang Isnin dan punca runtuhan masih disiasat.

Hotel bajet ini dibuka pada tahun 2018.

Bahagian yang runtuh ini melibatkan bangunan tiga tingkat yang mempunyai 54 buah bilik. – MalaysiaGazette