KUALA LUMPUR – Dua menara komunikasi baharu yang dibina di dua di Kampung Pengkalan Rangoon dan Kampung Pondok Pasir telah beroperasi sepenuhnya pada Jun yang lalu.

Oleh itu, penduduk-penduduk di Kemaman boleh menikmati jaringan telekomunikasi 4G yang lebih baik lagi.

Suruhanjaya Komunikasi Multi Media berkata, selain itu, projek talian tetap gentian optik di kawasan Kemaman juga sedang giat dilaksanakan melibatkan 8,928 premis.

Sehingga kini, sebanyak 6,091 premis baharu telah mendapat jaringan gentian optik berkelajuan tinggi manakala baki 2,837 akan siap menjelang suku keempat tahun 2022.

Peluasan rangkaian gentian optik dan pembinaan menara-menara komunikasi baharu di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) ini akan memberi manfaat kepada lebih 2,000 penduduk di kawasan-kawasan tersebut.

Melalui usaha-usaha yang diambil itu, para penduduk di kawasan-kawasan berkenaan kini dapat melaksanakan pelbagai aktiviti seharian seperti tujuan pembelajaran, bekerja dari rumah (WFH), perhubungan mahupun aktiviti ekonomi dalam talian, dengan lancar. – MalaysiaGazette