Foof bank Prolintas di Hentian Sebelah Plaza Tol Sungai Balak, Lebuhraya Kajang SILK (SILK).

KUALA LUMPUR –  Prihatin dengan keadaan semasa masyarakat sekeliling
dalam menghadapi perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD), Kumpulan
Prolintas telah mengambil inisiatif mewujudkan ‘food bank‘ di kesemua enam
jajaran lebuh raya seliaannya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan , Datuk Mohammad Azlan Abdullah, inisiatif ini dijalankan secara kolektif oleh syarikat dan kakitangan yang tampil mengumpul dana berjumlah hampir RM100,000.

“Dana yang dikumpul ini digunakan untuk membeli barangan keperluan asas seperti
minyak masak, beras, tepung, susu, gula dan sardin dan ianya ditempatkan di beberapa
lokasi strategik lebuh raya dan ianya telah dimulakan pada 12 Julai lalu di Hentian
Sebelah Plaza Tol Sungai Balak, Lebuhraya Kajang SILK (SILK).

”Orang awam yang memerlukan bantuan ini dialu-alukan untuk datang dan mengambil barangan tersebut, mengikut keperluan” kata Mohammad Azlan.

Selain di Lebuhraya SILK, food bank akan ditempatkan di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH).

Sehubungan dengan itu orang awam dinasihatkan untuk secara aktif melayari akaun media sosial PROLINTAS bagi mengetahui hebahan aktiviti food bank ini, tambah beliau.

Prolintas juga  telah mengedarkan 300 kampit beras, 300 botol minyak masak
dan beberapa makanan asas yang lain kepada penduduk Kampung Sungai Penchala
yang turut terjejas dengan situasi pendamik Covid-19. – MalaysiaGazette