Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO Malaysia berkuatkuasa serta-merta.

Beliau menggantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

”Penstrukturan semula Jabatan Pilihan Raya UMNO ini bagi memperkukuhkan organisasi di setiap peringkat parti dan akar umbi, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Mohamad juga adalah Pengerusi War Room Barisan Nasional dan UMNO.

Ahmad Zahid berkata, dengan kedudukan Mohamad sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, ia akan memudahkan proses membuat keputusan dalam soal persiapan Pilihan Raya yang melibatkan semua partiparti komponen Barisan Nasional.

”UMNO Malaysia ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Tajuddin yang sebelum ini menggalas amanah sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO,” ujarnya dalam kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette