Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. The Drug Control Authority (DCA) has granted a conditional approval for Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector) and Janssen COVID-19 Vaccine. CanSino Biologics Inc, China Johnson & Johnson
Tan Sri Dr. Noor Hisham.

KUALA LUMPUR -Jangkitan Covid-19 dijangka terus meningkat melalui bawaan udara, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Menurutnya, kewujudan varian Delta membolehkan peningkatan kes positif kerana varian baharu itu merebak melalui kaedah tersebut.

“Kita dimaklumkan Delta Varian sekarang menjadi varian yang dominan, sebelum ini varian Beta yang telah merebak ke seluruh negara dan setiap negeri terkesan denngan penularan ini.

“Tetapi varian Delta ini dia merebak dengan cepat sekali. Kalau kita lihat kepada permulaan jangkitan di mana merebaknya jangkitan varian Delta ini RT ialah 5 hingga 8 kalau Wuhan dahulu RTnya adalah 2.5 hingga 3 sahaja.

“Kita lihat sekarang jangkitan (varian Delta) adalah melalui udara dan dalam masa yang singkat ia boleh menjangkiti,” katanya dalam sidang media khas bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, hari ini.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, pihaknya akan memutuskan panduan penggunaan kaedah pengambilan sampel air liur bagi ujian saringan Covid-19 esok.

Katanya, kaedah menggunakan Rapid Test Kit Antigen (RTK-Antigen) itu mampu meningkatkan aktiviti saringan di lapangan.

“RTK-Antigen air liur boleh dilaksana sendiri yang menambahkan saringan di lapangan. Ini akan memungkinkan kes-kes (positif) di lapangan dapat dikesan dengan lebih baik lagi,” katanya.

Jelas Noor Hisham, tujuh hospital sudah dikenal pasti untuk melaksanakan penilaian lapangan penggunaan kaedah pengambilan sampel air liur bagi ujian saringan Covid-19.

Dalam perkembangan berkaitan, Noor Hisham berkata, pengambilan dua dos vaksin Covid-19 mampu untuk mengurangkan sehingga 50 peratus jangkitan virus itu kepada orang lain.

Malah katanya, semua vaksin yang diterima Malaysia ketika ini juga berkesan terhadap penularan varian baharu Covid-19.

“Berkaitan varian baharu, vaksin yang ada ini berkesan terutama dari segi kemasukan ke hospital. Kita (penerima dua dos vaksin) boleh terjangkit tetapi ia mengurangkan jangkitan kepada orang lain sehingga 50 peratus.

“Kita harap untuk tempoh ke depan ini, rakyat perlu dapatkan vaksin untuk kita dapat mengurangkan kemasukan ke hospital dan kita boleh hidup dengan virus ini, dengan penyelesaiannya adalah vaksin,’ katanya lagi.

Ia berdasarkan kepada penelitian Kementerian Kesihatan terhadap 2,779 petugas barisan hadapannya yang dijangkiti Covid-19 yang mana mereka telah mendapatkan dua dos suntikan vaksin.

Katanya, ketika dijangkiti mereka hanya menerima gejala ringan atau tiada gelaja langsung. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast