Presiden Masjidil Haram dan Hal Ehwal Masjidil Haram, Sheikh Dr. Abdulrahman Abdulaziz Al-Sudais.

MEKAH – Masjidil Haram sudah dibasuh sebanyak 300 kali melibatkan lebih daripada 5,000 pekerja bagi membendung Covid-19 menjelang musim haji kali ini.

Presiden Masjidil Haram dan Hal Ehwal Masjidil Haram, Sheikh Dr. Abdulrahman Abdulaziz Al-Sudais berkata, pelbagai lagi kemudahan telah disediakan pihaknya.

Selain itu, pihaknya juga menyediakan 5, 000 kerusi roda manual dan 3.000 kerusi roda elektrik dan lebih daripada 90 jurutera dan juruteknik untuk mengendalikan dan menyelenggarakan lebih dari 200 eskalator, 14 lif dan lebih daripada 8,000 pembesar suara dan sembilan mikrofon untuk imam dan enam untuk muazzin.

Beliau menambah, akan ada enam pasukan sukarelawan termasuk dalam kalangan wanita seperti dipetik dari Riyadh Daily hari ini.

Pihaknya juga telah memanfaatkan semua pekerja untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah haji dan pengunjung ke Dua Masjid Suci.

Dr. Al-Sudais menambah, pihaknya akan menggunakan teknologi moden untuk layanan dan keselamatan pengunjung dua masjid suci dan perkhidmatan terkini sehingga mereka dapat melakukan ritual mereka dalam lingkungan yang sangat damai dan aman.

“Ini termasuk robot pintar untuk mengedarkan botol air Zamzam, peruntukan 10 robot untuk pensterilan di dalam Masjidil Haram,” katanya.- MalaysiaGazette