Ahmad Shabery Cheek

KUALA LUMPUR – Kiasan ringkas yang dikongsikan oleh Datuk Ahmad Shabery Cheek menarik perhatian para pengikutnya kerana didakwa mempunyai maksud tertentu.

Dalam perkongsiannya, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, beliau pada satu ketika ada 12 ekor kucing di rumahnya.

Semuanya kucing jalanan.

Meskipun begitu, pada satu peringkat kucing-kucing itu perlu diasingkan kerana kerana ada alpha jantan yang tak boleh tengok jantan lain dan mesti bergaduh.

Katanya, dulu beliau ingat musuh kucing ialah anjing.

Namun realitinya musuh kucing adalah kucing yang lain.

Walaupun beliau menceritakan kisah kucingnya, tetapi pengikutnya-pengikutnya mengaitkan kisah itu dengan politik dalaman UMNO.

Seorang pemilik akaun, Mohd Shukri Shaari berkata: “Faham Dato’…..dalam UMNO ada musuh…patut di asingkan juga Dato’…kami percaya Dato’ blh bagi tip pada tuan presiden bagaimana cara blh asingkan kucing yg acah-acah berani lwn presiden dan UMNO..”.

Manakala Rohana Ariffin pula mengulas: “Musuh yang serupa dan sama group rupanya . Ramai …..tapi sukar dikenali dari rupa paras”.

Saharudin Japarudin menambah: ”Pikir musuh umno itu pkr.. Rupanya musuh umno adalah org umno sendiri.. Bgitu jugalah melayu”.

Sementara, Mohd Taufik berkata: ”Yer…mcm dlm parti umno skrg…sama2 pemimpin umno jadi musuh & ada yg siap jadi jurucakap kpd musuh umno…”. – MalaysiaGazette