Mohd Kamarudin Md Din.

KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung laporan isu penambahan slot janji temu vaksinasi Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, pihaknya mengesahkan menerima satu laporan berhubung perkara tersebut.

Katanya, pengadu mendakwa wujud lebihan penerima vaksin yang tersenarai di dalam sistem MySejahtera berbanding jumlah vaksin yang diperuntukan kepada PPV berkenaan

“Kes itu disiasat dibawah Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997.

“Selaras dengan usaha untuk memastikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berjaya direalisasikan, orang ramai adalah dinasihatkan agar sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan penuh kepada pihak kerajaan.

“Pihak polis tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha untuk mensabotaj program yang2 sedang dilaksanakan sama ada untuk kepentingan individu mahupun sebaliknya,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Tegas beliau, tindakan akan diambil sebagaimana yang diperuntukan oleh undang-undang terhadap mana-mana individu yang didapati ingkar.

Tambahnya, polis turut menggesa orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan isu tersebut. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast