Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memastikan pelbagai kemudahan dalam talian disediakan agar urusan pelanggan tidak terjejas walaupun kaunter pihaknya ditutup di seluruh negara ekoran Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan bagi urusan permohonan pinjaman, bayaran balik pinjaman, pembukaan akaun dan penambahan deposit dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) disaran menggunakan pelbagai
kemudahan dalam talian yang disediakan PTPTN yang pastinya lebih mudah, cepat dan selamat.

“Usaha ini adalah selari dengan hasrat PTPTN ke arah pendigitalan secara menyeluruh dalam penyampaian perkhidmatan awam bersifat hujung ke hujung (end to end).

“Pelajar yang berhasrat untuk memohon pinjaman PTPTN, permohonan termasuk pembelian ID PTPTN boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal Rasmi PTPTN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, semakan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) juga boleh disemak di www.ptptn.gov.my.

Bagi permohonan pinjaman yang telah diluluskan, pelajar hanya perlu menghantar Dokumen Tawaran dan Perjanjian Pinjaman melalui pos ke Ibu Pejabat PTPTN, Menara PTPTN, Kuala Lumpur tanpa perlu hadir ke kaunter PTPTN.

Ekoran pandemik Covid-19, PTPTN turut memberikan kelonggaran dengan memanjangkan tempoh bagi penghantaran dokumen tersebut yang diumumkan melalui Portal Rasmi PTPTN dari semasa ke semasa.

Namun pelajar digalakkan dapat menghantar dokumen berkenaan mengikut tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Pelbagai kemudahan perkhidmatan dalam talian disediakan PTPTN kepada para peminjam untuk urusan bayaran balik pinjaman.

Perkhidmatan yang disediakan di Portal Rasmi PTPTN:
i) Bayaran melalui saluran fpx menggunakan akaun bank atau kad kredit.
ii) Semakan penyata pinjaman, permohonan potongan gaji dan direct debit.
iii) Perkhidmatan Pengesahan Baki dan Surat Penyelesaian Hutang (SPH).
iv) Permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman (PKP 3.0).
v) Permohonan pengecualian bayaran balik bagi pelajar yang memperoleh
Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama atau setaraf dengannya.
vi) Urusan kemaskini e-mel dan nombor telefon peminjam.
vii) Portal Majikan Online untuk memudahkan majikan membuat bayaran balik pinjaman untuk kakitangan.

Tidak terhad kepada urusan di Portal Rasmi sahaja, PTPTN turut menyediakan kemudahan bayaran balik melalui saluran berikut:

i) Bayaran melalui aplikasi telefon mudah alih seperti MyPay, Shopee,
BESTPay, KiplePay dan KelantanPay.
ii) Perbankan internet seperti JomPay dan bank-bank terpilih.
iii) Perkhidmatan e-Pay turut disediakan di terminal lokasi terpilih.
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
6. Untuk memudahkan pelanggan membuka akaun dan penambahan simpanan,
kemudahan dalam talian berikut disediakan di Portal Rasmi PTPTN:
i) Pembukaan akaun dan penambahan simpanan melalui www.lovesspn.com.
ii) Penambahan simpanan melalui saluran fpx.
iii) Semakan penyata simpanan, permohonan potongan gaji dan permohonan
Direct Debit.
Pelanggan juga boleh menggunakan kemudahan yang disediakan melalui saluran lain
iaitu :
i) Penambahan simpanan melalui aplikasi telefon mudah alih seperti MyPay,
Shopee, BESTPay, KiplePay dan KelantanPay.
ii) Perbankan internet seperti JomPay dan bank-bank terpilih.
iii) Perkhidmatan e-Pay juga disediakan di terminal lokasi terpilih

Bagi pelanggan yang ingin berunding, mempunyai pertanyaan atau membuat
aduan boleh menghubungi PTPTN di saluran berikut :
 Careline PTPTN di 03 – 2193 3000
 Live Chat di www.ptptn.gov.my
 e-Aduan di https://eaduan.ptptn.gov.my/
 Eksekutif Pemasaran PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn
 Media Rasmi PTPTN (Facebook PTPTNOfficial, InstaPTPTN, TwitPTPTN &
Facebook SSPN).

Dalam senario penuh cabaran ini, PTPTN sentiasa bersedia dan komited dalam meningkatkan kemudahan dalam talian untuk memenuhi keperluan dan ekpektasi pelanggan, kata kenyataan yang sama.

PTPTN yang merupakan tabung pendidikan tinggi utama negara sentiasa memberi penekanan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan menepati keperluan semasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast