Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi rahsia beliau dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamd dapat menyambut menyambut ulang tahun ke-96 tahun dan 95 tahun baru-baru ini.

Perdana Menteri dua kali itu memberitahu, beliau dan isteri sentiasa mengamalkan sikap bertoleransi dan amalan bersederhana dalam apa juga perkara yang dilakukan.

Contohnya, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air itu dan Siti Hasmah tidak berlebihan dalam pemakanan dan melakukan rutin senaman ringan untuk kekal sihat.

“Kami juga beruntung tidak mengidap penyakit kronik seperti kanser yang memberi berpeluang kami dapat hidup lama.

“Cuma saya mempunyai penyakit jantung dan pernah menjalani pembedahan dua kali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan selebriti, Harith Iskander dalam program What’s Going On Malaysia? With Harith Iskandar secara langsung di Youtube malam ini.

Harith sebelum itu bertanya apakah rahsia beliau dan Siti Hasmah dapat menyambut ulang tahun hari jadi baru-baru ini.

Dr. Mahathir menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-96 tahun pada 10 Julai lalu manakala Siti Hasmah pula ke-95 tahun pada 12 Julai lalu.

Ditanya sama ada beliau pernah berdepan dengan tekanan, Dr. Mahathir mengakui beliau juga tidak dapat lari mengalami masalah.

Namun Ahli Parlimen Langkawi itu belajar untuk melakukan toleransi dengan melakukan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

“Saya pernah tertekan kerana berdepan banyak perkara yang beri masalah. Tapi saya hanya buat apa yang mampu lakukan dan tidak buat jika tidak mampu,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast