Puad Zarkashi Muhyiddin Yassin letter of demand three-day quarantine minister double standard UMNO Supreme Council Member Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi defy UMNO decision
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – UMNO tahu siapa individu yang menjadi petualang merakam, menyebar termasuk menerbitkan verbatim mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini, kata Datuk Mohd Puad Zakarshi.

Menurutnya, bukan sahaja audio rakaman bocor tetapi verbatim mesyuarat pun bocor.

” “Macam ada “spy” berbayar dalam MKT? Selamatkah mesyuarat MKT? Musuh tahu rahsia parti.,” kata Ahli MKT itu yang mengulas tentang rakaman audio MKT secara maya pada 7 Julai lalu sedang giat ditularkan.

Beliau menegaskan, dalam mesyuarat, berbagai hujah dan beza pendapat akan didengar.

Itu cuma perbincangan dan bukan keputusan.

Bagaimanapun, katanya, musuh parti suka ‘spin’ (putar) pendapat yang berbeza.

Tetapi, tegasnya, ia tidak mengubah keputusan MKT, iaitu tarik sokongan terhadap perdana menteri.

”PM kena letak jawatan dan lantik PM baru untuk tempoh yang terhad,” jelas beliau lagi.

Katanya, walaupun ahli-ahli Parlimen UMNO boleh terus sokong Kerajaan Perikatan Nasional tetapi ia hanya setakat apabila sidang Parlimen bermula.

Justeru yang tidak selamat ialah Parti Pribumi Bersatu Malaysia kerana PBM sandaran parti itu cuma jawatan perdana menteri bukan akar umbi.

“Tiada PM, tiadalah PPBM. Tunggu sajalahlah Langkah Sheraton 2.0,” katanya. – MalaysiaGazette