KUALA LUMPU – Jumlah vaksinasi harian COVID-19 di negara ini mencatat angka melebihi 400,000 selama dua hari berturut-turut dengan 424,541 dos suntikan diberikan semalam.

Pada Isnin, jumlah vaksinasi harian adalah sebanyak 421,479 dos.

Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah vaksinasi semalam, sebanyak 260,286 adalah dos pertama manakala 164,255 adalah dos kedua.

Beliau berkata Sarawak menjadi negeri tertinggi bagi pemberian vaksin dos kedua dengan 52,551 dos diikuti Selangor (25,696), Kuala Lumpur (23,707), Sabah (9,864), Pulau Pinang (7,195), Pahang (7,038).

Dalam pada itu, Dr Adham berkata jumlah keseluruhan pemberian vaksin COVID-19 di negara ini sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsan (PICK) dilaksanakan pada 23 Februari lepas adalah sebanyak 12,212,730 dos.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast