Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Semua aktiviti pengendalian, penerimaan, pemunggahan untuk ‘loading’ dan ‘unloading’ barangan import bukan keperluan bagi tujuan import dan eksport di kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dibenarkan beroperasi.

Kebenaran khas ini diberikan bermula 15 Julai sehingga 17 Julai 2021 (Khamis – Sabtu) bagi mengurangkan kesesakan di pelabuhan-pelabuhan seluruh negara yang ada daripadanya telah mencapai kapasiti 80%.

Manakala aktiviti ‘loading’ dan ‘unloading’ pula dibenarkan pada hari Isnin, Rabu, dan Jumaat mengikut prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedia ada.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, kementerian itu akan terus memantau perkembangan di pelabuhan dan lapangan terbang dari semasa ke semasa untuk memastikan barangan dan kargo dapat terus berjalan dengan selamat mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat pencegahan Covid-19 seperti yang ditetapkan oleh MKN.

Ini amat penting bagi tempat yang sibuk seperti Pelabuhan Klang dapat mengekalkan pengoperasian yang cekap dan mengelakkan berlakunya kesesakan akibat kepadatan kargo sepanjang tempoh PKPD.

Langkah ini juga diharapkan dapat membantu pemain industri mengurangkan kos penyimpanan yang tinggi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast