Foto Facebook Siti Zailah.
KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusof berkata, hatinya remuk apabila melihat luka lama dan baharu pada tubuh badan remaja Sindrom Down (SD) dipercayai didera yang dikenali Bella.
Beliau memberitahu, ketika bertemu Bella semalam, remaja berusia 13 tahun itu adalah anak yang pemalu dan sangat lemah lembut serta gemar memeluk penjaga mereka yang dipanggil dengan gelaran emak.
Beliau berharap tidak akan ada pihak yang akan terlepas dalam kes ini walau apa juga ‘kabel’ yang akan digunakan.
Malah Ahli Parlimen Rantau Panjang itu menyatakan keyakinan penuh terhadap komitmen Polis DiRaja Malaysia dan badan keadilan.
“Selepas Solat Jamak di R&R dalam perjalanan dari Johor tadi, saya telah ziarah adik Bella dan bertanya khabar dia kepada Pegawai JKM dan Pegawai Kesihatan yang menjaga dia. Bella nampak sihat dan ceria disana.
“Adik Bella adalah anak yang pemalu dan sangat lemah lembut. Suka peluk penjaga mereka yang dipanggil dengan gelaran Emak. Melihat sendiri kesan luka lama dan baru membuatkan hati saya sangat sakit & remuk.
“Sebelum tiba disana, saya telah berhubung dengan ACP Puan Siti Kamsiah, D11 PDRM yang mengurus kes ini secara langsung dan bertanyakan perkembangan terkini siasatan kes melibatkan adik Bella yang kita kasihi.
“Beliau menyatakan bahawa tidak akan ada pihak yang akan terlepas dalam kes ini walau apa juga ‘kabel’ yang akan digunakan. Saya juga menyatakan keyakinan penuh terhadap komitmen pihak PDRM dan Badan Keadilan,” tulisnya pada hantaran Facebook miliknya di sini.
Turut bersama Siti Zailah ketika bertemu Bella adalah Pengasas Sahabat Amal Care, Ustazah Asma’ Harun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast