Foto Instagram Krisdayanti.

KUALA LUMPUR – Bapa kepada penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti menghembuskan nafas terakhir pada usia 79 tahun di Denpasar, Bali pada petang semalam.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Krisdayanti menerusi Instagram miliknya.
Wanita berusia 44 tahun itu turut memohon semua pengikutnya mendoakan Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

“Innalillahwainnailaihirojiun, telah meninggal dengan tenang bapa kami dalam usia 79 tahun.

“Mohon doakan agar arwah diampunkan dosanya dan diterima semua amal ibadahnya,” tulisnya.

Namun begitu, penyanyi berkenaan tidak memaklumkan sebab kematian bapanya itu.

Pada posting sama, Krisdayanti yang popular menerusi lagu hit Menghitung Hari turut memohon maaf kerana tidak dapat menemani dan berada di sini bapanya.

Menerusi perkongsian sama, isteri kepada usahawan Raul Lemos itu turut memuat naik foto kenangan bapanya dan paparan skrin ketika dia membuat panggilan video melihat jenazah buat kali terakhir.

Hantaran Krisdayanti mengundang kesedihan dalam kalangan netizen dan rakan-rakan artis termasuk dari Indonesia dan Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast