Foto Instagram Ifa Raziah.

KUALA LUMPUR – Penyanyi dah usahawan popular, Ifa Raziah mendedahkan beliau dihubungi beberapa hospital dan ditawarkan vaksin Pfizer.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh penyanyi berkenaan menerusi Instagram miliknya.

“Bertalu-talu Miss Diva dapat What’s App ada beberapa hospital yang offer untuk dapatkan suntikan vaksin Pfizer.

“Wow hebat tak miss Diva… Rezeki jangan ditolak maut Mangan dicari iya… Cucuk jangan tak cucuk,” tulisnya.

Sebelum ini, nama Ifa menjadi sebutan apabila menolak untuk mendapatkan suntikan vaksin Sinovac.

Tindakan penyanyi itu telah mendapat kecaman ramai kerana dia dikatakan memilih jenis vaksin. – MalaysiaGazette