Rosol Wahid (baju putih) melancarkan Kempen #TakNakScam secara maya di Facebook KPDNHEP di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerima 45.2 peratus aduan berkaitan penipuan transaksi dalam talian sehingga Jun lalu.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, pada tahun 2020, kementerian hanya menerima sejumlah 11,511 atau 33.2 peratus aduan mengenai transaksi dalam talian.

Jelas beliau, angka itu telah meningkat berbanding 5,416 atau 24.7 peratus aduan yang diterima pada tahun 2019.

“Kementerian telah memainkan peranan aktif termasuk penguatkuasaan undang-undang dan penglibatan kesedaran pengguna dalam pelbagai forum.

“Kami juga menyedari kepantasan pasaran e-dagang di negara ini malangnya ia telah mencipta lebih banyak peluang untuk penipuan dan penyalahgunaan.

“Baik kerajaan dan sektor swasta, kita mesti bersiap sedia untuk mencegah gelombang penipuan yang akan datang dan jika ada sekiranya tindakan drastik tidak diambil, penipuan dalam talian akan mempengaruhi keyakinan pengguna lain.

“Pendekatan yang lebih holistik kini diperlukan untuk membendung masalah ini yang melibatkan kerjasama silang antara banyak agensi silang, dan sektor swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kempen #TakNakScam secara maya di Facebook KPDNHEP di sini hari ini.

Kempen itu merupakan kerjasama kementerian bersama Facebook Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia

Mengulas lanjut, Rosol menambah, kerjasama kerajaan dan Facebook amat dialu-alukan kerana laman sosial itu sebagai platform media sosial terkemuka di negara ini.

Jelas beliau, inisiatif ini bakal memberi peluang kepada sektor awam dan sektor swasta lain untuk bekerjasama bagi meningkatkan kesedaran, mendorong lebih banyak penglibatan dan memberi kuasa kepada mereka untuk mengambil tindakan di bawah kempen #TakNakScam.

“Kempen #TakNakScam akan berterusan selama tiga bulan bermula bulan  hingga September ini.

“Kami berharap kempan ini akan memberi kejayaan di mana kerajaan akan terus menyokong ini inisiatif untuk melindungi pengguna daripada penipuan dan penipuan dalam berkembang pasaran e-dagang di Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette