Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menerusi Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) akan melancarkan Operasi Lonjakan Kapasiti di Kuala Lumpur dan Selangor.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, operasi itu bagi meningkatkan kadar imunisasi di dua kawasan itu.

“CITF sedang buat persiapan rapi untuk tingkatkan kadar vaksinasi di Selangor dan KL.

Ops lonjakan kapasiti ini pastikan setiap warga dewasa akan terima sekurang-kurangnya satu dos pada 1 Ogos depan,” katanya dalam sidang media perkembangan PICK hari ini.

Hadir sama adalah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Dalam pada itu, Khairy berkata setelah sasaran semua penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur menerima sekurang-kurangnya satu dos, maka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan dibuka untuk proses walk-in untuk semua warga Lembah Klang.

Setakat ini, daripada jumlah populasi itu, 3.5 juta telah selesai dos pertama.

“Baki 1.3 juta baki akan menerima vaksin mereka antara 26 Julai sehingga 1 Ogos,” katanya.

Khairy juga berkata setelah sasaran semua penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur menerima sekurang-kurangnya satu dos, maka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan dibuka untuk proses walk-in untuk semua rakyat di Selangor dan Kuala Lumpur.

Jelasnya proses itu akan diberikan kepada mana-mana warga emas yang belum menerima sebarang temujanji bagi mendapatkan vaksin.

“Setelah selesai Op lonjakan kapasiti ini, semua PPV akan lakukan walk in kepada sesiapa yang belum mendapatkan suntikan vaksin mereka,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast