Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO terus menggesa kerajaan mempercepat dan mempermudahkan bantuan yang disalurkan terutama kepada golongan M40 kerana rakyat makin susah.

Datuk Asyraf Wajdi Dasuki berkata, golongan M40 paling teruk terkesan kerana ramai dibuang kerja, cuti tanpa gaji dan perniagaan lingkup.

Malah, dakwa beliau, M40 paling banyak komitmen hutang yang perlu dilangsaikan dan kumpulan ini juga adalah kalangan bekerja sendiri atau swasta yang paling banyak simpan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Selain itu, katanya, M40 juga sering tertinggal dapat bantuan tunai.

“Bila bising baru umum Bantuan Khas Covid-19 RM250,” katanya yang mendedahkan intipati pertemuannya dengan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz baru-baru ini.

Atas alasan yang diberikan, Ketua Pemuda UMNO itu menambah, sebab itu pergerakan tersebut meminta kerajaan mempercapatkan pengeluaran i-Citra dan menaikkan jumlahnya kepada minimum RM10,000 sekali gus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast