Thursday, April 25, 2024
Home Seni Hidup Caprice jangan buat perangai budak-budak – Sharnaaz

Caprice jangan buat perangai budak-budak – Sharnaaz

Ebit Lew (kiri) dan Caprice.

KUALA LUMPUR – Kontroversi yang berlaku melibatkan penyanyi Caprice dan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew kini turut menarik perhatian beberapa artis popular lain.

Antaranya, pelakon Sharnaaz Ahmad yang sempat berbual dengan Caprice menerusi secara di Instagram malam tadi.

Sharnaaz berkata, apa yang dilakukan Caprice ini membuatkan ramai yang hilang rasa hormat kepada penyanyi berkenaan.

Personally Cap ada benda yang kau cakap pakai otak tetapi sekarang ini apa yang you cuba lakukan ni buat kita orang jadi kurang respect to you.

You tidak seharusnya berbuat sebegini sebab orang memerhatikan apa yang you lakukan sejak beberapa bulan lalu,” jelasnya.

Sebelum ini, Caprice membuat beberapa pendedahan termasuk dirinya telah disekat di Instagram Ebit Lew.

Pada masa sama, Sharnaaz juga mahu apa sahaja masalah yang berlaku supaya ia dapat diselesaikan dengan baik.

Ujarnya, terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan berbanding apa yang dilakukan Caprice sekarang ini.

“Orang dah memandang you, termasuk orang di Gaza dah mengenali you. Tapi kita dah bergaduh sesama kita, you bergaduh dengan team Ebit Lew.

“Jangan jadi perangai budak-budak la mat! Kita dah besar, lagi satu kita ni mewakili negara dan Islam.

“I still sayang you as a friend, but pleas u think about it. Apa yang I nak jelaskan, apa yang you nak reveal, tak perlu tunggu 21hb. Apa yang boleh settle, you boleh settle di belakang itu sahaja.

Sementara itu, Caprice sempat meminta maaf kepada semua pihak yang terasa terhadap apa yang berlaku. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Caprice dakwa Ebit guna kanak-kanak Palestin untuk kandungan media sosial?