Gambar Hiasan. Foto HAZROL ZAINAL, 01 JUN 2021.

IPOH – Sebanyak 35 kenderaan yang dipercayai cuba memasuki arah Pantai Timur tanpa sebab munasabah melalui dua Sekatan Jalan Raya (SJR) di sempadan daerah dan negeri di Gerik diarah berpatah balik hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkat, arahan berkenaan dikeluarkan kepada mereka yang sampai ke SJR di Km 89 Jalan Gerik-Kuala Kangsar dan Km 9 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli setakat pukul 4 petang tadi.

Beliau ketika dihubungi malam ini berkata, 27 daripada kenderaan itu diarah berpatah balik kerana mengemukakan surat dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang tidak berkaitan.

Selain itu katanya, selaras dengan arahan Ketua Polis Negara berkaitan pergerakan menggunakan surat MITI yang tidak lagi dibenarkan bermula hari ini sehingga Rabu depan, ada kenderaan yang diarah berpatah balik sebaik tiba di SJR berkenaan, kecuali mereka mengemukakan surat MITI yang berkaitan pengangkutan petrol dan makanan.

“Jumlah kenderaan di jalan raya ketika ini dilihat berkurangan sebanyak 30 peratus berbanding sebelum ini,” katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast