PDRM logo police lockup death Benedict Thanilas
Gambar Hiasan

JOHOR BAHRU – Polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan sekumpulan individu berkumpul makan durian dipercayai di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di bandar raya ini seperti yang tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata, laporan polis berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) itu diterima pada 3.41 petang tadi.

“Kes akan disiasat di bawah Perkara 17(1) Peraturan-Peraturan dan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB)  2021 dan siasatan lanjut akan dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, pihaknya juga akan menyiasat bagi mengenal pasti individu terlibat sama ada petugas di PPV berkenaan ataupun bukan, dalam video berdurasi 27 saat yang tular itu. – Bernama