Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga India dan anak perempuan berusia 5 tahun ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 18 Apartmen Taman Tenaga, Salak Selatan, di sini, semalam.

Kedua-dua mangsa dipercayai sedang menjalani proses kuarantin kendiri Covid-19 berikutan terdapat gelang merah jambu pada tangan mereka.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Annas Sulaiman berkata, wanita yang berusia 38 tahun itu berasal dari India.

“Semasa kejadian sekitar jam 6 petang polis menerima panggilan mengenai insiden tersebut sebelum bergegas ke lokasi tersebut.

“Berdasarkan maklumat insiden, pasukan perubatan hospital berhampiran telah bergegas ke lokasi dan pemeriksaan ke atas kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau,kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan pemeriksaan polis mendapati suami wanita itu sedang menjalani rawatan kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.

“Kedua-dua beranak juga memakai gelang merah jambu dan menjalani kuarantin kendiri Covid-19 di rumah merek,” ujarnya sambil menambah tiada kesan unsir jenayah pada anggota badan tubuh mangsa.

Menurut Annas, mayat mangsa dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast