PARIS – Perancis melaporkan sebanyak 12,532 kes baharu koronavirus – hari ketiga dengan jumlah melebihi 10,000 susulan penularan pantas varian Delta Covid-19.

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 5.87 juta.

Negara ini melaporkan sejumlah 10,949 kes pada hari Sabtu dan 10,908 kes pada hari Jumaat.

Daripada jumlah itu, seramai 891 orang pesakit masih berada di unit rawatan rapi, bertambah satu kes daripada sehari sebelumnya.

Sementara jumlah kematian di hospital meningkat lima kes lagi menjadikan jumlah keseluruhan 111,472 kes korban. – MalaysiaGazette